KOMANDAN PUSWATAN
Pusat Latihan ini telah diterajui oleh Lt Kol Haji Mazalan bin Haji Adam (3003750) PBK KAT AMN PJM PNBB (Liberia) MM (UM) Dip Strat (UM) lmt. Beliau mengambil alih tugas Komandan PUSWATAN bermula 24 Jun 2014. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tanggal 1.10.1963 dan telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Hjh Hayati bte Abd Latif serta dikurniakan 3 cahayamata.Memasuki alam ketenteraan pada 18 Jul 83, beliau kemudiannya telah ditauliahkan ke kor RAMD pada 25 Ogos 84. Lt Kol Haji Mazalan bin Haji Adam telah berkhidmat di Sarawak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan pernah menyertai Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Liberia selama setahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kejurulatihan dan telah berkhidmat di PULADA beberapa kali sepanjang perkhidmatan beliau. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat sebagai PS 2 Pegawai Simpanan dan banyak membantu dalam menguruskan Askar Wataniah di sepanjang perkhidmatan beliau.
SENARAI PERJAWATAN PENTING DI PUSWATAN
Aktiviti Masa Hadapan
KAWAD PTTK (DEC) SIRI 5/2017
Kursus ini akan dilaksanakan pada 7 Ogos sehingga 6 Okt 2017 di PUSWATAN. Kursus ini adalah salah satu kursus kerjaya bagi setiap anggota LLP (Tetap) semua Kor di dalam Perkhidmatan TD. Kelayakan kursus dicatatkan dalam Kod AT No. 2.
MESYUARAT SKAW SIRI 29/2017
Mesyuarat ini akan dilaksanakan bermula 4 Ogos sehingga 7 Ogos 2017 di Kota Bharu, Kelantan. SKAW akan mengumpulkan semua Komander Rej Siri 500 AW bagi membincangkan hala tuju serta dasar untuk pembangunan Askar Wataniah.